Saturday, October 23, 2010
28 Sept-2 Oktober 2010:PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Pada 28hb September jam 9.00 mLm satu lagi sejarah tercipta dimana bas program lawatan sambil belajar berlepas dengan selamatnya menuju ke Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur. Lawatan kali ini mengambil masa 5 hari 4 malam dan telah diketuai oleh PK KO SKPG. Pelbagai tempat telah dilawati oleh para pelajar pada lawatan kali ini. Dalam lawatan kali ini juga murid SKPG telah berpeluang untuk muncul secara langsung di kaca TV semasa program "Selamat Pagi Malaysia". Lawatan kali ini juga telah mendapat pelbagai tajaan seperti dari Kumpulan SUKIMI Sdn Bhd dan Dato' Dr Awang Adek Hussien dan Ketua Wanita Bahagian Pengkalan Chepa serta dari orang perseorangan yang telah bermurah hati menampung perbelanjaan lawatan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penderma.
Sunday, September 19, 2010
19hb Sept 2010: Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin serta Majlis Khatam(penyerahan) Ilmu
Pada tarikh ini adalah tarikh keramat bagi pelajar tahun 6, 2010. Hal ini adalah kerana tarikh ini telah berlangsungnya majlis solat hajat dan bacaan Surah Yasin yang diketuai oleh ustaz Solahuddin, serta majlis khatam ilmu. Majlis dimulai dengan ucapan dan pesanan oleh Tuan Guru Besar Tn Haji Yusuf bin Yaacob kepada semua pelajar diikuti dengan solat hajat dan bacaan yasin dan diakhiri dengan majlis penyerahan ilmu oleh semua guru kepada semua pelajar tahun 6 serta sedikit jamuan nasi dagang yang disumbang oleh pengurus kantin SKPG. Adalah diharapkan majlis ini akan menjadikan para pelajar lebih yakin dan tenang dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang dijadualkan pada 21hb September 2010. Doa kami semua warga sekolah semoga mereka berjaya menjulang maruah diri, keluarga dan sekolah.
Kepada semua guru tahun 6 yang bertungkus lumus mengadakan kelas tambahan sepanjang tahun pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih begitu juga semua guru di SKPG semoga segala usaha kita akan diberkati Allah SWT. InsyaAllah.. Semoga kita berjaya!!!
Barisan Tenaga Pengajar Tahun 6, 2010
Lawatan Pemantuan Susulan PKG Tapang ke PSS
Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Tapang En Dasuki telah hadir ke SK Pulau Gajah bagi membuat pemantauan susulan Pusat Sumber Sekolah. Kehadiran En dasuki telah disambut oleh tuan guru besar dan guru media Pn Anas.
Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010
Tanggal 15hb September 2010 bersamaan 6 Syawal 1431H, telah berlangsung "Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya". Majlis dimulai dengan bacaan perutusan bulan kemerdekaan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.BHG Dato' Hj Alimuddin Bin Mohd Dom oleh PK KO, diikuti perutusan bulan kemerdekaan dari Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin oleh PK Pentadbiran dan akhirnya Perutusan bulan kemerdekaan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong oleh Tuan Guru Besar Tn Hj Yusuf Bin Yaacob. Majlis kemudian disambung dengan sambutan hari raya aidilfitri. Dalam majlis ini semua murid menerima duit raya sumbangan semua guru dan makan kuih raya yang mereka bawa untuk dimakan bersama-sama. Majlis sungguh meriah dan berjalan dalam suasana kekeluargaan. Majlis diakhiri dengan jamuan istimewa nasi Bukhari kambing dan kuih muih untuk semua para guru, staff sokongan para pekerja. Tahniah kepada semua guru atas kerjasama bagi menjayakan majlis ini.. Selamat hari raya dan Merdeka!
Wednesday, September 8, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN
SAYA ADMIN BLOG SK PULAU GAJAH MENGAMBIL KESEMPATAN DIBULAN MULIA INI UNTUK MENGUCAPKAN " SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN" KEPADA SEMUA BARISAN PENGURUSAN SEKOLAH, GURU-GURU, STAF SOKONGAN DAN PARA PEKERJA SERTA PARA IBUBAPA DAN MURID-MURID DI ATAS KESALAHAN DAN KETERLANJURAN BICARA KEBIADAPAN AKHLAK YANG TIDAK DISENGAJA. SEMOGA ALLAH MEMASUKKAN KITA SEMUA DALAM KALANGAN HAMBANYA YANG MENDAPAT RAHMAT SERTA KEAMPUNAN DAN PEMBEBASAN DARI API NERAKA. ADALAH DIHARAPKAN KITA SEMUA LAYAK UNTUK MERAYAKAN HARI DIMANA DIBERSIHKAN FITRAH KITA DAN MENDAPAT ANUGERAH TAKWA DARI MU YA ALLAH!- AMIN..
Monday, September 6, 2010
2hb Sept 2010: Majlis Khatam Al-Quraan
Pada 2hb Sept 2010 bersamaan 23hb Ramadhan 1431H, satu lagi sejarah terlakar di SKPG. Pada tarikh ini majlis khatam Al-Quraan telah diadakan. Seramai 18 murid berjaya mengkhatamkan al-quraan pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terlibat. Sempena dengan majlis tersebut pelbagai acara turut diatur sesuai dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Diantara acara yang turut diadakan adalah:-
- Majlis ceramah ramadhan yang telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas iaitu Tn Haji Mamat Bin Deraman dari SK Pasir Hor. Ceramah beliau telah menarik minat para pelajar.
- Majlis penyampaian derma kepada murid-murid miskin.
- Majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim yang bersekolah di SKPG ini.
- Majlis penyampaian " Bunga Telur dan Pulut Kuning " kepada semua murid yg telah khatam al-quraan dan para guru,staf dan para pekerja SKPG. Untuk pengetahuan semua sepanjang bulan Ramadhan ini guru SKPG turut menyemarakan bulan ini dengan bertadarus satu juz seorang.
Segala wang derma yang diperolehi adalah hasil sumbangan pihak sekolah, kutipan tabung Ihya Ramadhan dan derma para guru serta orang perseorangan. Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada semua guru dan penderma . Tahniah kepada semua guru atas kejayaan majlis ini.
Thursday, September 2, 2010
LAWATAN SOSIAL KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JPN KELANTAN
Pada 22hb Ogos 2010, SK Pulau Gajah telah dilawati oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan(KSPS JPNKEL), Tn Haji Abdul Aziz Bin Abdullah.Ini adalah lawatan yang julung kalinya di buat oleh beliau ke sekolah ini semenjak beliau memegang tampuk Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan. Kedatangan beliau telah disambut oleh Guru Besar Sekolah Pulau Gajah Tn Haji Yusuf Bin Yaacub. Kedatangan KSPS JPNKEL ini mengambarkan keperihatinan beliau terhadap sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada KSPS JPNKEL atas kesudian beliau membuat lawatan sosial ini.
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN KELANTAN
Tn Haji Abdul Aziz Bin Abdullah
Monday, August 16, 2010
LAWATAN CAKNA AKADEMIK OLEH PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KOTA BHARU
Ahad 15hb Ogos 2010, Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah bertuah kerana ditelah dikunjungi oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Che Abdul Aziz Bin Haji Daud dan Timbalan PPD, Tuan Haji Yahya Bin Md Riffin. Lawatan Cakna Akademik(UPSR) ini menunjukan keperihatinan Tuan pegawai PPD atas usaha menjana kecemerlangan keputusan UPSR selaras dengan motto PPD Daerah Kota Bharu iaitu " PPD Kota Bharu PPD No 1". Pada lawatan singkat ini Tuan pegawai PPD sempat memberi motivasi kecemerlangan kepada pelajar-pelajar tahun 6 sesi 2010. Selain dari murid pihak guru-guru murid tahun 6 subjek pepriksaan juga berkesempatan menerima suntikan semangat dan perkongsian pengalaman hasil dari perjumpaan pecambahan minda antara Tuan Pegawai PPD dan Timbalan. Perjumpaan ini dirasakan amat bermakna kepada pihak warga sekolah dan murid-murid. Semoga lawatan seperti ini akan dapat diteruskan kearah memburu kecemerlangan SKPG. Terima kasih tuan PPD!!
Kutipan Tabung Ihya Ramadhan
Panitia Agama telah mengambil inisiatif positif seperti tahun-tahun lepas apabila melancarkan kutipan " Tabung Ihya Ramadhan." Tabung ini telah memberi ruang kepada para warga sekolah dan murid untuk membuat kebajikan sepanjang bulan ramadhan ini.
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR DAN UBB 4
Bertarikh 16hb hingga 18hb Ogos 2010, berlangsung peperiksaan percubaan UPSR bagi murid tahun 6 dan Ujian Berkala Bulanan kali ke-4 bagi murid-murid tahun 1 hingga tahun 5. Peperiksaan percubaan ini dilihat sebagai kayu pengukur kepada pencapaian peperiksaan UPSR sebenar yang akan berlangsung tidak lama lagi. Pihak pengurusan dan guru-guru SKPG sangat berharap agar pelajar tahun 6 kali ini daoat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Selamat menghadapai peperiksaan diucapka kepada semua murid. Semoga Berjaya Dengan Cemerlang!
Murid-murid Tahun 6 sedang tekun menjawab
Guru sedang memeriksa kerta UBB ke-4
Sunday, August 8, 2010
5hb Ogos 2010: Solat Hajat dan bacaan Surah Yassin UPSR- Siri 1
Pada malam jumaat 5hb Ogos 2010, Bertemapat di surau SKPG pihak PIBG dan pihak pengurusan SKPG telah menganjurkan solat hajat dan bacaan Surah Yassin untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapai peperikasaan pra percubaan dan percubaan UPSR. Majlis ini telah mendapat sambutan menggalakkan terutama ibubapa murid tahun 6. Majlis Solat Hajat dan bacaan Surah Yassin telah diketuai oleh Ustaz Mohd Salehuddin Bin Mohamed. Selesai bacaan Yassin Tuan Guru Besar SKPG Tn Hj. Yusoff bin Yaacob telah memberi sedikit ucapan sebagai tanda pengharaan kepada ibubapa yang hadir, kemudian majlis diteruskan dengan solat Isya' dan jamuan di kantin. Pihak sekolah mengalu-alukan semua yang hadir terutama ibubapa dan para guru SKPG.
2-3hb Ogos 2010: Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 dengan Guru Besar dan Guru-Guru
Satu perjumpaan antara Ibubapa tahun 6 dengan Guru Besar sekolah berserta guru-guru tahun 6 telah diadakan di kelas 4 Cemerlang. Perjumpaan kali ini diadakan selama dua hari melibatkan 2 kelas yang berlainan, dimana ibubapa tahun 6C pada 2hb Ogos 2010 manakala ibubapa tahun 6P pada hari berikutnya. Ini dilakukan bagi memberi ruang seluas-luasnya kepada ibubapa untuk bertanyakan perihal kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka. Guru Besar SKPG pada kesempatan ini telah memberikan pandangan dan nasihat kepada para murid dan ibubapa berkaitan persediaan yang telah dilakukan oleh sekolah dan mengharapkan ibubapa juga turut serta dalam usaha mencemerlangkan anak-anak mereka. Pihak seklah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir.
Sunday, July 25, 2010
Hadiah Galakan Kepada Murid Yang Mendapat 5A....1A
25 Julai 2010: Perhimpunan pagi ini adalah perhimpunan yang bermakna bagi SKPG, ini kerana perhimpunan kali ini dihadiri oleh Tn Guru Besar SKPG yang baru iaitu Tn Haji Yusoff Bin Yaacob. Selain dari memberi ucapan sulongnya kepada murid-murid Tuan Guru Besar sudi menyampaikan hadiah galakan kepada pelajar tahun 6 yang berjaya dalam peperiksaan baru-baru ini. Semoga dengan hadiah ini akan dapat mempertingkatkan azam murid-murid untuk terus cemerlang dalam UPSR nanti.
Sambutan Kedatangan En. Yusuf Bin Yaacob: Guru Besar SK Pulau Gajah
22hb Julai 2010: Jam 12.30 tgh kami warga sekolah berbesar hati menyambut kedatangan rombongan dari SK Bekelam yang diketuai oleh Tn Hj Ahmad Bin Abu Bakar, Penolong Kanan 1 SK Bekelam Bachok dan rombogan bagi mengiringi kedatangan Mantan Guru Besar mereka Tn Haji Yusoff Bin Yaacob ke SK Pulau Gajah. Kehadiran tetamu yang ditunggu ini telah disambut meriah oleh warga SK Pulau Gajah dengan diketuai oleh PK Pentadbiran SKPG. Majlis berjalan lancar dan dalam suasana penuh meriah.. Kami warga SKPG mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memohon maaf jika ada kelemahan di pihak kami. Semoga hubungan antara dua sekolah ini akan terus diperkasakan.. Kepada Tn Haji Yusoff " SELAMAT DATANG".
Dari Kiri: NYDP PIBG,YDP PIBG, PK Pentadbiran dan Guru Besar
Wednesday, July 21, 2010
Program Jangkauan Luar(Outreach) bersama ASTRO
Astro bersama pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah berkerjasama untuk menjayakan Program Jangkuan Luar (Outreach) Kampus Astro di semua sekolah seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu seramai 10 orang pelajar sekolah ini telah dipilih untuk menyertai program tersebut yang diadakan di perkarangan Dewan Besar BTPN Kelantan. Pelbagai acara menarik telah diadakan disepanjang program tersebut. Terimakasih kepada semua yang terlibat terutama guru-guru yang bersusah payah menjadi mentor kepada murid. Kepada ASTRO di harap perkakasan kampus ASTRO yg ada disekolah kami disegerakan kerja pemasangannya. Jika tidak tidak ada makna program ini pada pihak sekolah ini.
Saturday, July 17, 2010
SELAMAT DATANG GURU BESAR
Astro Tutor TV, Saluran Ulang Kaji UPSR Pertama Malaysia
Ahad Julai 18, 2010
ASTRO melancarkan Astro Tutor TV, sebuah saluran baru mulai 18 Julai hingga 23 September ini yang khusus untuk membantu para pelajar UPSR mengulangkaji peperiksaan mereka.
Saluran tersebut menawarkan kandungan berasaskan sukatan pendidikan sekolah-sekolah di Malaysia dan perkhidmatan interaktif untuk keperluan para pelajar.
Selaras dengan komitmen Astro untuk menawarkan inspirasi dan peluang pembelajaran seumur hidup yang relevan melalui platformnya, saluran inovatif ini menawarkan tutorial 24 jam sehari untuk membantu pelajar UPSR mengulangkaji mengikut kemampuan dan keselesaan tersendiri untuk mereka mengulangkaji di rumah masing-masing.
Astro Tutor TV menumpukan kepada subjek teras UPSR seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Melalui pendekatan yang holistik untuk persiapan peperiksaan, program-program yang telah diatur membantu para pelajar menguasai tajuk yang sukar termasuk nasihat tentang strategi pembelajaran, motivasi diri, pengurusan masa dan kepentingan menjaga kesihatan menjelang peperiksaan.
Empat subjek UPSR itu boleh didapati dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mata pelajaran Sains dan Matematik juga akan disediakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin tidak lama lagi.
Kehadiran ‘butang merah’ di saluran interaktif itu membuatkan sesi ulang kaji menjadi lebih menarik dan menyenangkan apabila para pelajar berpeluang untuk menjawab kuiz mini dengan menggunakan alat kawalan jauh.
Dengan satu sentuhan butang, fakta-fakta dan formula-formula akan segera muncul di skrin seperti serangkai kad imbasan. Pembelajaran interaktif itu tidak terhenti di skrin tv sahaja apabila laman sesawang Astro Tutor TV turut menyediakan ulangan pembelajaran, kuiz dan ujian percubaan secara dalam talian.
Ketua Pendidikan di Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata: “Untuk mencapai keputusan optimal, Astro mengesyorkan ibu bapa menjadi sebahagian daripada pembelajaran itu. Ibu bapa digalakkan untuk menyertai anak-anak mereka menonton Astro Tutor TV dan mencuba kuiz interaktif.
”Sokongan dan dorongan ibu bapa dapat meningkatkan pembelajaraan anak-anak. Negara-negara maju sudah menggunakan program televisyen dan halaman sesawang e-pembelajaraan untuk membantu ulangkaji."
Pembelajaran akademik diseimbangkan dengan kandungan seperti ’Silap lagi’, ’Bijak belajar’, dan ’Lulus! Silap lagi’ ialah siri format pendek, yang menggunakan ibu jari sebagai ’watak’ yang mengajar para pelajar bagaimana untuk mengelakkan kesalahan yang biasa dilakukan di dalam peperiksaan dengan cara humor.
’Bijak belajar’ mengaplikasikan strategi guna-cuba seperti pemetaan fikiran dan kad imbasan. Di dalam ’Lulus!’, lima orang pelajar yang berketerampilan berkongsi rahsia peribadi mereka tentang pengurusan masa dan motivasi diri.
Astro Tutor TV boleh didapati secara percuma oleh semua pelanggan Astro termasuk sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara dari 18 Julai sehingga 23 September. Layari http://www.astro.com.my/ untuk sinopsis program dan jadual.
Untuk maklumat lanjut mengenai TUTOR TV, pelanggan boleh menghubungi 1300-82-3838 atau layari www.astro.com.my.
dipetik dr mStar online
Subscribe to:
Posts (Atom)